Tuesday 15 March 2011

Ibu , mama , mummy , mak , bonda .. ILY

 Assalamualaikum ..

Okay see , post kali ni aiman nak buat pasal perasaan ibu bila dia dah berumur nanti . so hmm , ibu ye ibu yang lahir kan kita jage kita masa kita kecik , sanggup tak tidur bila kita demam , tak bagi satu ekor nyamuk pon gigit kita kan . yeah siapakah beliau , beliau adelah ibu . ibu yang meletakkan harapan yang tinggi pade anak anak mereka , mereka mahukan yang terbaik dari kita , mereka nak tengok kita berjaya dan bahagia . tetapi selepas kita dapat apa yang kita nak dalam dunia nie kita lupa dia , kita buang dia . pernah tak kita fikir selama nie dia telah didik kita dengan betul didikan agama yang tinggi . tetapi kita alpa kita lupa tentang itu .


mungkin kita rasa ibu akan bahagia apabila dia berada disisi suaminya sahaja ? tidak kita sebagai anak harus ambil berat tentang ibu kita bila kita sudah meningkat dewasa , apatah lagi bila dah berjaya . kita perlu menjaga mereka , sayang mereka macam mana mereka menyangi kita masa kecik dahulu . ibu bukan nak kita tengok dia bagi duit ke makan ke or bawak dia berjalan . ibu kita bila dia dah berumur dia nak kita jaga dia mengaji untuk dia sayang dia macam kita masa kecik kecik dulu betul tak ? lagi lagi anak lelaki macam aiman , bila kita dah berumah tangga kita tak boleh lupa and tinggalkan ibu kita . kita harus menjaga dia kerana syurga terletak di bawah telapak kaki ibu , bagi perempuan bukan kita tidak perlu pentingkan ibu , tidak . kita juga harus menjaga mereka . walaupun syurga wanita bila dah kahwin terletak diabawah telapak kaki suami .

mama pernah berkata dekat aiman yang dia mahu melihat anaknya berjaya , selepas itu dia nak aiman hari hari datang rumah dia mengaji dengan dia solat dengan dia itu je yang mama aiman mahu . aiman bangga dapat mama yang sebegini . macam sekarang mama aiman jaga opah aiman , mama aiman jaga atok aiman nanti bende itu akan berulang pula , aiman jaga mama , aiman jaga abah aiman . see hidup nie macam roda , kita sekarang mungkin berada diatas , tapi esok mungkin kita dibawah . siapa sangka . Allah sentiasa berada disisi kita , Malaikat sentiasa mengaminkan doa kita . jadi sekarang kita sebagai anak harus mendoa kan ibu dan ayah kita supaya mereka tenang dan bahagia . mintak ampun dengan ibu ayah jika melakukan kesilapan , manusia tidak lari dari melakukan kesilapan tapi Allah sentiasa mengampun kan mereka . Alhamdulillah aiman belajar dari kesilapan yang lalu , aiman dibukakan pintu hati untuk sentiasa bertaat kepada mama abah mungkin kadang kadang aiman berkasar tetapi aku selalu mendoakan kesejahteraan mereka . Amin . 

rasa sedih laa pulak lepas buat entry ni .. huhu .



ILYSM <3

7 comments:

  1. TAHNIAH buat MAMA AIMAN...


    Dialah ibu.. menerangi keluarga...:)
    sungguh bertuah jika anaknya masih mempunyai ibu,tambah-tambah mcm mama aiman... :)
    jadilah anak yang baik,yang dibangga oleh ayah dan ibu...

    ReplyDelete
  2. terharunya auntie baca entry aiman ni...bangga auntie kalo ada anak sebaik Aiman...

    ReplyDelete
  3. aunty ellen : terharu ? harus la . jgan la bangga sngat ngan aiman .. aiman ni bukannya baik sngat .

    ReplyDelete
  4. pandai nya menulis...

    berapa umur ni sayang..

    ReplyDelete