Tuesday, 2 August 2011

Sangat sangat betul --'

'Bagus!' cikgu aiman cakap tadi . bukan apa , tadikan kat sekolah ada oral test . aiman dah cakap dah kat member member aiman jangan cakap bahasa melayu . kalau tak kena potong markah . diorang cakap jugak -,-' haih , tak pasal psal dapat markah sikit je . cukup cukup makan je laa . serabut je laa , nasib baik puasa . kalau tak ... okay la . bye , nak solat .

Friday, 3 June 2011

gunung ledang tetap di hati-ku =)

hmm . nak mula camane ni haa .. haa ! first sekali .. assalamualaikum and salam sejahtera , aiman sekarang ni berada kat kampung aiman kat johor nih . kat jementah .. sebuah pekan yg berada di kaki gunung ledang . haha . ayat semacam je kan ? hee . petang tadi aiman and family yg ada kat jementah ni pergi melawat si puteri gunung ledang . dia suruh kirim salam orang kmpung . hahah :P best kot mandi kat situ .. kitorang pergi kat bahagian dalam tuh . perghh ! air dia sejuk gile kot . smpai naik meremang bulu roma aiman . kira ni kali kedua aiman pergi gunung ledang ni laa . semalam pergi mandi kat kaki gunung ledang . jangan benda yang hidup je ade kaki . gunung pun ade kaki tau . hee .. dah ngantuk dah ni . nanti papehal aiman update lagi yea ! byee nites !

Sunday, 24 April 2011

Sakit ? duhh

doakan aiman cepat sembuh yaa . nanti kalau korang sakit aiman doakan balik yea . hehe

duh . sakit lagi .

25.4.2011- sakit laa

tadikan aiman tido kat dalam bilik sakit . aiman sampai skolah je perhimpunan kan . pastu , lepas perhimpunan aiman rasa pening semacam je laa . aiman pun carik laa cikgu bertugas minggu ni . bagitau dia yang aiman nak rehat .. pastu , dia suruh masuk dalam bilik sakit tuh . aiman masuk pastu terus tido . pening sangat laa . macam mama cakap semalam laa . migraine . betul ke aiman eja ni ? hentam saja lah .  
to mama : no matter what happen between us , i have 3 words for you . I LOVE YOU 

apa cer rebutrebut kankan ?

entry ni berdasarkan pengalaman aiman sendiri tau . bukan main2 . ada satu hari tu lah kan .. aiman dengan mama pergi 1 utama . nak shopping . cehceh , shopping la sangat . masa nak masuk parking tuh kan . ada la dua bijik kereta ni berebut parking . haishh ! kitorang yang sampai dulu pon tk rebut . korang pulak yang rebut . nak sangat parking tuh ? nah . ambikk !! aiman dengan mama releks je . pastu , bila sorang ni dah dapat parking .. ada la mamat ni tk puas hati laa sebab dia ingat dia yang sampai dulu . padahal dia masuk tempat no entry . ishh . pelikpelik je laa . pasal parking pon nak gaduh . bukannya ada hadiah pon kan ? matang sikit laa . harap je dah besar .. perangai macam budak kecik . hihi . sory yer kalau entry saya ni ada buat orang terasa .. saya tujukan kepada orang2 yang rebut parking kat 1 utama minggu lepas . tuh pun kalau dia baca blog aiman ni . haha .
*keningkening

Saturday, 23 April 2011

McD with abg ben di pagi hari .. blogger femes tuh .

hee . tajuk nak gempak je kankan ? hehe . aiman sekarang ni kat McD Shah Alam dengan abg ben . wohoo . blogger femes dan popular tuh . kan ? terpinga-pinga jugak aiman masa mama ajak jumpa abg ben hari tu .  maklum laa . bukan senang nak lepak dengan blogger femes macam dia kan . hee -,-'

Saturday, 16 April 2011

OMG .. last post - 24 march 2011

lama kan aiman tak update blog . ngee . nak kata malas tak kot .. kot laa . maybe sebab exam hari tu aiman dah kurang nak ber-internet kot . maklum laa prestasi kurang memuaskan . aduyai , periksa peperiksaan tahun dah dekat ni . hmm , kena buat betulbetul la kan . cikgu kata periksa ni menentukan boleh atau tak nak masuk mrsm . sorry laa ye kalau aiman dah kurang visit blog korang ye . harap maklum . haha . ayat semacam je kan .. ignored it .

Thursday, 24 March 2011

Yeahh ! naik moto klasik .

Heyho ! lamakan aiman tk update blog . hehe . bukannya malas tapii .. hmm , busy laa . ehh ! busy pulak aiman ni . bukannya kerja carik duit pon kan . haha . okay . ni nak cite sikit ni .. tadi aiman pergi kokurikulum naik VESPA tuu . best ! prengg3 . haha . semua orang tengok .. siap ada yang kata nak beli lagi . tapi , member tu tak nak jual . 1st naik malu-malu jugak laa . tapi buat apa nak malu kan . vespa . antik tuu .. bukannya senang nak carik sekarang ni . haha . apa pun , memang terbaekk la vespa tu . esok aiman ambik gambar moto tu tau . aiman nak upload dalam ni . hehe .
abg ujang , aiman pun ada vespa jugak . tapi kawan punya laa . ngee~

Wednesday, 16 March 2011

Horley's Energy Bar


Makanan pemberi tenaga . haha . betul ke korang makan benda ni dia boleh beri kita tenaga ? betul kot .. takat tenaga sikit sikit tu ada laa kan . bukan nya murah makanan ni . RM6.40 aiman beli .. sepatut nya harga dia RM9.90 tapi aiman dapat diskoun . jadi murah la kan . bayangkan makanan ni 60g tapi 20g untuk protien sahaja . haa . banyak kan protien dia . hmm , siap ada perisa lagi . aiman ambik perisa cookies 'n' cream . sedapp .

Hikayat Merong Mahawangsa -.-' penat .

Mood : penat . baru balik dari tengok wayang . cerita Hikayat Merong Mahawangsa . super DUPER penat lah kan . tapi memang best cerita tu . love it . kitorang pergi berlima je sebab aunty pinky kawan baik mama tak ikot . dengar nya dia pergi dengan suami dia . haha . best laa cerita Merong Mahawangsa tu .. rasa macam nak tengok cerita tu sekali lagi . ishh ! jangan over la aiman . okay fine . cerita yang agak best tapi sedikit ganas kot . maybe cerita ni kureng sesuai la untuk budakbudak . okayokay .. aiman dah mengantuk . nanti aiman post entry lagi pasal Hikayat  Merong Mahawangsa ni . Okay ? byee . nak tido laa . penat .

Tuesday, 15 March 2011

Ibu , mama , mummy , mak , bonda .. ILY

 Assalamualaikum ..

Okay see , post kali ni aiman nak buat pasal perasaan ibu bila dia dah berumur nanti . so hmm , ibu ye ibu yang lahir kan kita jage kita masa kita kecik , sanggup tak tidur bila kita demam , tak bagi satu ekor nyamuk pon gigit kita kan . yeah siapakah beliau , beliau adelah ibu . ibu yang meletakkan harapan yang tinggi pade anak anak mereka , mereka mahukan yang terbaik dari kita , mereka nak tengok kita berjaya dan bahagia . tetapi selepas kita dapat apa yang kita nak dalam dunia nie kita lupa dia , kita buang dia . pernah tak kita fikir selama nie dia telah didik kita dengan betul didikan agama yang tinggi . tetapi kita alpa kita lupa tentang itu .


mungkin kita rasa ibu akan bahagia apabila dia berada disisi suaminya sahaja ? tidak kita sebagai anak harus ambil berat tentang ibu kita bila kita sudah meningkat dewasa , apatah lagi bila dah berjaya . kita perlu menjaga mereka , sayang mereka macam mana mereka menyangi kita masa kecik dahulu . ibu bukan nak kita tengok dia bagi duit ke makan ke or bawak dia berjalan . ibu kita bila dia dah berumur dia nak kita jaga dia mengaji untuk dia sayang dia macam kita masa kecik kecik dulu betul tak ? lagi lagi anak lelaki macam aiman , bila kita dah berumah tangga kita tak boleh lupa and tinggalkan ibu kita . kita harus menjaga dia kerana syurga terletak di bawah telapak kaki ibu , bagi perempuan bukan kita tidak perlu pentingkan ibu , tidak . kita juga harus menjaga mereka . walaupun syurga wanita bila dah kahwin terletak diabawah telapak kaki suami .

mama pernah berkata dekat aiman yang dia mahu melihat anaknya berjaya , selepas itu dia nak aiman hari hari datang rumah dia mengaji dengan dia solat dengan dia itu je yang mama aiman mahu . aiman bangga dapat mama yang sebegini . macam sekarang mama aiman jaga opah aiman , mama aiman jaga atok aiman nanti bende itu akan berulang pula , aiman jaga mama , aiman jaga abah aiman . see hidup nie macam roda , kita sekarang mungkin berada diatas , tapi esok mungkin kita dibawah . siapa sangka . Allah sentiasa berada disisi kita , Malaikat sentiasa mengaminkan doa kita . jadi sekarang kita sebagai anak harus mendoa kan ibu dan ayah kita supaya mereka tenang dan bahagia . mintak ampun dengan ibu ayah jika melakukan kesilapan , manusia tidak lari dari melakukan kesilapan tapi Allah sentiasa mengampun kan mereka . Alhamdulillah aiman belajar dari kesilapan yang lalu , aiman dibukakan pintu hati untuk sentiasa bertaat kepada mama abah mungkin kadang kadang aiman berkasar tetapi aku selalu mendoakan kesejahteraan mereka . Amin . 

rasa sedih laa pulak lepas buat entry ni .. huhu .



ILYSM <3

Santai cuti sekolah =) - Part 1

Wahh ! best best =) balik Kelantan. Makcik Aiman kawen. Dapat jumpa semua sepupu and pokcik mokchik .. tapi , Penat gilerr dan dahsyatt gilerr. Siap ada tomoi tomoi lagi kat kenduri tuh. Then, lepas kenduri .. mama nak jumpe kawan dia kat Kota Baru. Okay .. kitorang ikut je laa. Haha. Dalam masa 3 hari .. kitorang boleh pergi 3 negeri kot .. Kelantan,Terengganu,Pahang. Haha. Punya laa penat sangat smpai tido kat Residence Inn hotel lagi kat Cerating. Gambar ? busy siket laa. Nanti Aiman upload ok ? Semantara tu .. baca blog mama ..Bnyak gmbar.  Perghh ! penat gilerr, kena banyak rehat ni. Untung laa smlam ada orang dapat tngok cite Hikayat Merong Mahawangsa :P

Friday, 11 March 2011

TSUNAMI ? pantai timur Malaysia kena ke ?

Sana sini sibuk cerita pasal tsunami sekarang .. hari ni kecoh habis pasal tsunami kat Jepun tuh . adehh ! malam ni nak gerak Kelantan laa . Esok ada kenduri kat sana .. hmm . camna ni ? japjap nak tengok berita terkini kat internet . grr . Takut2 pun ada nak balik Kelantan tapii nak buat camna kan .. memang kena pergi jugak laa .

Wednesday, 9 March 2011

hujann ? masa untuk tidur lah kann .


Haha . ada ke orang macam ni ? petang je dia mesti nak tidur .. nak nak lagi kalau hujan kan . perghh ! sedap nya tidur . sejukk =) aiman selalunya TER-tidur waktu hujan ni . hehe . boleh pulak an .hmm . okay laa .. nak tidoq sat . haha . nak jadi macam dia ni ..

Sunday, 6 March 2011

Saujana Fixie vs Puncak Fixie part 1



yeahh ! pada 25/2/2011 geng Fixie Dixie Saujana sampai Puncak Alam .. dalam pukul 8 malam diorang dah smpai kat sana . pastu , diorang gerak ke Shah Alam . woot woot :)  bangga siot . haha . yang atas tu leader kitorang Ubai dan Fixie2 .. pic yang selebihnya nanti aiman upload yer . tngah sakit ni . huhu

Saturday, 5 March 2011

Sakit oh sakit .. asal la kau dtg kat aku ?

Haiyoo ! kebelakangan ni aiman asyik sakit je . bukan aiman saja yang sakit .. mama pun sama sakit jugak . mama tu dalam blog tulis macam sihat je .. tapi , haaa bukannya sihat sangat pun . adehh ! yang aiman ni pulak ada luka2 kat badan aiman . memang laa sakit ni tak best kan ? sapa yang nak sakit tu memang laa rugi . aiman sekarang nak jalan2 kat luar pun dah tak boleh .. sakit kaki berjalan oo . cuti seminggu nanti nak makan angin .. tapi , dengan sakit yang macam ni . aduh ! harap2 laa aiman sihat nanti .

Thursday, 3 March 2011

Terkini . exam woo .

Hari ni hari last exam.. yahoo ! ehh . lamanya Aiman tak update blog kan . maklum laa.. sejak kebelakangan ni Aiman asyik busy je . baca buku untuk exam sesi pertama . hihi . yeahh ! esok free . ingatkan nak ponteng dah esok tapii mem beso tak kasi . hehe . jangan marah ye mama . petang tadi pulak Aiman pergi koko..best ooo . satu je yang tak best tu . kena marah pulak ngan cikgu tadi . sbbnya Aiman lupa nak bawak buka koko . okay laa . tu jelaa update terkini di blog BiggieMonster.blogspot.com . hehe .

Tuesday, 1 March 2011

Penunggu Jalan

minggu lepas..otw balik rumah dari tuisyen . macam biasa kitorang akan lalu lorong yang sama . dah 2 hari berturut2 dia tunggu kitorang .. haishh ! mcam penunggu jalan pulak dia ni . nah ! ni dia ...


 


hasihh ! ni laa dia . dia tak nak blah plak..nak kena Aiman turun jugak dari kereta dan baru dia nak pergi . adoi . nasib baik laa dia ni haiwan kesayangan nabi . okay laa . nak tengok cd matrix jap . haha .

Sunday, 27 February 2011

Hot Chocolate at 1 Utama

I love Milo .. and i love Hot Chocolate ...

 
Hot Chocolate & Nasi Ayam Black Pepper
   
ni nak smbung entry yang semalam . lepas je pergi beli Famous Amos.. mama kata nak makan. Aiman ikut je laa . ingatkan nak balik tapiii .. hmm , takpe laa . untuk kesayangan . hehe . Aiman order nasi . mama pulak makan puding je . laa , ingatkan lapar sngat . rupanya nak alas perut je ke . haha . sudahnya Aiman jugak yang order makanan yang berat .. alamak ! lupa pulak nak ambik gambar Famous Amos tuu . huhu . takpe2 .. nnty Aiman beli lagi . aiman ambik gambar eh . ngee~

Ahad yang memenatkan ..

yeahh ! pagi tadi Aiman pergi main golf dengan uncle benno . pastu , balik rumah dia . mandi2..then, dalam pukul 12 camtu . kitorang pegi makan kat taman tun pulak . hehe . lepas je makan..kitorang g 1U . haishh ! tak penat2 Aiman ni . pergi 1U kononnya nak beli seluar . tapi , takda yang berkenan .  pastu , Aiman balik rumah uncle benno . bosan2 . mama dengan ucu pergi saloon dekat Sri Hartamas . mama ni dari dulu suka sangat pergi saloon . dari Aiman kecik2 lagi..Aiman laa yang kena teman dia pergi saloon . nak tak tahu tempat favourite mama dulu . dekat Kota Damansara . tapi, sekarang dia dah pindah , huhu . mama pon kena lah cari port lain nak bermanja . opss , maksud aiman..memanjakan diri . rindu pulak dekat Aunty Zah dgan Uncle KB . Uncle KB ni best ooo . lawak ! minat sngat Jamal Abdillah . ehh ! lari topik lak . masuk balik ! . hehe . boleh pulak. lepas je mama jemput Aiman.. kitorang pegi 1U lagi !! lagi sekali . teringat pulak kat Famous Amos kesayangan . hehe . sanggup pegi lagi sekali tu.. takpe2 demi Famous Amos . haha .

Saturday, 26 February 2011

Terima kasih cikgu ....

terima kasih cikgu :) .. kerana telah memotong rambut saya . hehe . nak salahkan cikgu tak boleh..mungkin cikgu tu mood tak okay kot . kitorang laa jadi mangsa lepas geram dia . dgan memotong rambut kitorang yg pendek ni . haishh ! nasib tak baik laa ni .  dtg2 je kene tarik ngan cikgu . padahal , mama ckap rambut Aiman okay je . ucu ngan uncle benno ckap Aiman hensem . ceh ceh . takde pulak yg kata rambut Aiman pnjang . haha . nasib baik aku tetap hensem walaupun rambut dah kene tebas . wakaka .

Friday, 25 February 2011

Yahoo ! Dapat chocolate free .

Godiva & Ferrero Rocher terbaikk !

Hihi . smlam dapat hadiah dari mama . mama kata dpat dari bank . hehe . untungnya..pergi bank je . dapat chocolate . nanti hari2 Aiman pergi bank . Ferrero Rocher tu .. bukan senang nak dpat free . nak beli pon belum tentu dapat . sebulan sekali boleh laa beli , tapi tak pon beli sebulan sekali . Aiman hanya akan beli bila teringin je . mcam mengidam laa .hehe . yang belah kiri tu ,Godiva hot cocoa.. tadi Aiman try bancuh . ingatkan rasa dia mcam milo laa . tapi , bila dah rasa . perggh ! rasa dia .. pahit gileer kot . hihi  :) yang disebelah kanan tu pulak.. mcam jem ke apa ntah . haha . jgan jeles yer .

Thursday, 24 February 2011

blogging smbil makan2 -.-'

Hari ni takda tuisyen , untung laa . boleh makan kat kdai mamak dpan rumah tu..makanan tak cukup kat rumah . Aiman dah bedal smpai habis da .. haiyoo , ingatkan nak g McD tpi mama pulak balik lmbat .


ni makanan Aiman .. bihun goreng .

okay laa  . nak smbung makan jap .. nnty Aiman buat entry lagi , kalau ada masa lagi lpas ni . hehe .

Wednesday, 23 February 2011

Upin & Ipin.. Terbaikk !


Upin & Ipin 

betul3 ! comel kan ? hehe . Aiman mmg minat giler kat 2 orang budak botak ni . cerita ni skrang tengah top gile tau kat Indonesia . driver Aiman yg kat Indonesia tu.. Kak Ferry pon minat kat UpinIpin ni . opss , maksud Aiman.. anak2 dia yg minat kat UpinIpin ni . haha . bnyak kot pengajaran dapat bila tngok cerita diorang ni . Aiman pernah tngok cerita dia kat wayang..smpai nak pecah perot kitorang gelak kat dlam panggung tu . hahaha :p . nak tau tak siapa disebalik UpinIpin ni ? ni dia .


Nur Fathiah 

perempuan ? terkejut jugak Aiman .. mcam tak percaya je . macam mana lah dia boleh buat 2 suara sekali gus kan . haha . 

Untung laa ada orang sayang :(

Haishh ! benci laa . pegi mana2 je , mesti ada 'couple2' ni . jeles Aiman tau . hehe . tapi Aiman tak 'couple' pon.. ada je orang yg sayang Aiman . tapi Aiman pelik laa , diorang ni kalau 'couple' kan . mesti nak sebut ayat ni   .. Untung Laa Ada Orang Sayang . ayat ni Aiman rasa laa kan . makin lama , makin femes . tapi , nasihat Aiman la kan . tak payah la nak 'couple2' ni , pelik2 je la . kalau dah habis skolah tak pela . ini , belum PMR lagi dah dok bercintan cintun :) tapi , apapun untung la Aiman ni . tak de aweks pon . Okay je . ada jugak orang yg sayang Aiman , ceh ceh . syukur-syukur ..

Hari yang agak 'busy'

Pagi tadi g skola .. bestt ! best sebab ada ceramah 'free' daripada dr.ape ntah name dia . lupe pulak . hehe . then , balik ! balik tu yg best tu , smpai je kat rumah ..dah ada makanan . nmpak macam sedap je , tapi mmg sedap pon . lauk untuk hari ini adalah ayam masak merah masakan mama . perghh .. sedapp ! dengan rasa pedas nya . uihh , habis sebotol air untuk Aiman sorang je . ehh ! lari topik pulak .. masuk balik ! hehe . habis je makan , Aiman terus buat h/work .. mlam pulak ada tuisyen . adoyai ! susahnya jadi pelajar . tapi takpe , susah-susah dahulu , senang-senang kemudian . betul ke ? lain macam je ayat ni .


  ... : sory takde pic , nnty malam Aiman edit . skrang ni tgah busy  -.-'

Tuesday, 22 February 2011

Teman sampingan ..

'Dia' adalah teman dikala bosan dan boring . -.-' adik beradik la kan . sama je lah tu . hehe . nak kenal dgan dia tak ?    


nak tau Aiman dpat buku ni dari mana ? hehe . dari kawan Aiman , dia kata buku ni best . Aiman pon pinjam lah dari dia . mmg bestt ! ni lah buku yg terbaik pernah Aiman baca . opss , dan buku lagenda budak setan . member Aiman dah tnya Aiman dah tadi . dah habis baca belum ? Aiman ckap lah belum . ( padahal dah habis baca dah ) . kalau korang boring2 ke apa ke.. pegi lah bookshop kat mana2 . mesti ada punya lah . murah je , tak mahal .

ohh nasi goreng , ohh milo ais .

Baru lepas makan nasi goreng ni , tu yang hepi boleh nyanyi2 ni . tapi , tak sesedap masakan mama . meletopps ! nasi goreng yang Aiman makan dkat kdai mamak ni mcam ade yang kurang laa . ape ntah yang tak kene . tapi , milo ais dia .. kaw2 . btw , Aiman happy sangat sbb Aiman dah mula dapat 'feel' untuk ber-blog . haha . terima kasih laa kepada supporters terutamanya abg ben dan kak ben , uncle mat gebu  dan visitors . tak lupa juga kepada yg sudi membaca blog Aiman yg tak seberapa ini . akhir sekali , Aiman nak berpantun :
Buah Cempedak Diluar Pagar ,
Ambil Galah Tolong Jolokkan .
Aiman Blogger Sedang Belajar ,
Kalau Aiman Tanya Tolong Jawabkan .
 

Boring - Boring :(

Petang yg membosankan . nak buat ape eh ? semua Aiman dah buat . homework , kemas rumah , buat jadual untuk skola besok . nak buat ape lagi eh ? nak kluar rumah .. malas . haiyoo ! gilerr boring . FB ? takde sapa nak layan Aiman . haa ! blogging lah . haha . ni jelah yang Aiman bole buat masa boring skrang ni . nasib baik laa ada blog . klau takde .. tido je laa keje Aiman ataupun keluar . haha .

Monday, 21 February 2011

Kenapa Aiman bukak blog .

Sebab-sebabnya adalah .. Aiman sebenarnya dah lame dah nak bukak blog nie , asyik2 bace blog orang je . boring laa . nak gak ade blog sendiri . semalam pada jam 11.30 malam Aiman dah berjaya bukak blog Aiman sendiri dengan bantuan my mom . haha :) ayat mcm pelik jee . thanks to mama sbb dah tolong aiman bukak blog aiman , tapi ! bile dah bukak blog , tak tau pulak nak tulis ape ?? masa takde blog dulu slalu ikut mama jumpe blogger seperti Abg Ben , kak Wanda dan , bnyak lagi laa . tapi tu je yang Aiman ingat . Aiman nie pon slalu jugak bace blog kawan , tengok macam best je . slalu jugak tngok mama blogging kat rumah , Aiman tnye mama . best ke blogging nie ? mama ckap best ! lagipon sebelum nie , dah ramai dah blogger suruh Aiman bukak blog . dok fikir2 akhirnya bukak laa . mengisi masa lapang . daripada melepak tak tentu hala , btul tak ? haha . dah tak tau dah nak tulis ape .. smpai sini je laa .

I Have A Blog :)

Finally , today i have my own blog . Thanks to mom yang beri galakan untuk buka BLOG ini . Juga untuk bro Ben yang slalu buat aku teringin nak jadi blogger . Aku sebenarnya dah lame dah admire kat bro Ben nie , nak ade muscle ketul-ketul mcm dye .. 'abg ketul-ketul' . Mama plak tak nak hantar aku kat Bionic Gym , huhu :(  nie yang nak touching nie . Mama ckap aku kecik lagi , tak payah nak ke Gym2 nie . Dye kate tunggu lah smpai aiman nie habes skolah . Nmpaknye stakat nie , blog dulu .. gym kemudian . Okay lahh tu . Byee