Thursday 24 March 2011

Yeahh ! naik moto klasik .

Heyho ! lamakan aiman tk update blog . hehe . bukannya malas tapii .. hmm , busy laa . ehh ! busy pulak aiman ni . bukannya kerja carik duit pon kan . haha . okay . ni nak cite sikit ni .. tadi aiman pergi kokurikulum naik VESPA tuu . best ! prengg3 . haha . semua orang tengok .. siap ada yang kata nak beli lagi . tapi , member tu tak nak jual . 1st naik malu-malu jugak laa . tapi buat apa nak malu kan . vespa . antik tuu .. bukannya senang nak carik sekarang ni . haha . apa pun , memang terbaekk la vespa tu . esok aiman ambik gambar moto tu tau . aiman nak upload dalam ni . hehe .
abg ujang , aiman pun ada vespa jugak . tapi kawan punya laa . ngee~

Wednesday 16 March 2011

Horley's Energy Bar


Makanan pemberi tenaga . haha . betul ke korang makan benda ni dia boleh beri kita tenaga ? betul kot .. takat tenaga sikit sikit tu ada laa kan . bukan nya murah makanan ni . RM6.40 aiman beli .. sepatut nya harga dia RM9.90 tapi aiman dapat diskoun . jadi murah la kan . bayangkan makanan ni 60g tapi 20g untuk protien sahaja . haa . banyak kan protien dia . hmm , siap ada perisa lagi . aiman ambik perisa cookies 'n' cream . sedapp .

Hikayat Merong Mahawangsa -.-' penat .

Mood : penat . baru balik dari tengok wayang . cerita Hikayat Merong Mahawangsa . super DUPER penat lah kan . tapi memang best cerita tu . love it . kitorang pergi berlima je sebab aunty pinky kawan baik mama tak ikot . dengar nya dia pergi dengan suami dia . haha . best laa cerita Merong Mahawangsa tu .. rasa macam nak tengok cerita tu sekali lagi . ishh ! jangan over la aiman . okay fine . cerita yang agak best tapi sedikit ganas kot . maybe cerita ni kureng sesuai la untuk budakbudak . okayokay .. aiman dah mengantuk . nanti aiman post entry lagi pasal Hikayat  Merong Mahawangsa ni . Okay ? byee . nak tido laa . penat .

Tuesday 15 March 2011

Ibu , mama , mummy , mak , bonda .. ILY

 Assalamualaikum ..

Okay see , post kali ni aiman nak buat pasal perasaan ibu bila dia dah berumur nanti . so hmm , ibu ye ibu yang lahir kan kita jage kita masa kita kecik , sanggup tak tidur bila kita demam , tak bagi satu ekor nyamuk pon gigit kita kan . yeah siapakah beliau , beliau adelah ibu . ibu yang meletakkan harapan yang tinggi pade anak anak mereka , mereka mahukan yang terbaik dari kita , mereka nak tengok kita berjaya dan bahagia . tetapi selepas kita dapat apa yang kita nak dalam dunia nie kita lupa dia , kita buang dia . pernah tak kita fikir selama nie dia telah didik kita dengan betul didikan agama yang tinggi . tetapi kita alpa kita lupa tentang itu .


mungkin kita rasa ibu akan bahagia apabila dia berada disisi suaminya sahaja ? tidak kita sebagai anak harus ambil berat tentang ibu kita bila kita sudah meningkat dewasa , apatah lagi bila dah berjaya . kita perlu menjaga mereka , sayang mereka macam mana mereka menyangi kita masa kecik dahulu . ibu bukan nak kita tengok dia bagi duit ke makan ke or bawak dia berjalan . ibu kita bila dia dah berumur dia nak kita jaga dia mengaji untuk dia sayang dia macam kita masa kecik kecik dulu betul tak ? lagi lagi anak lelaki macam aiman , bila kita dah berumah tangga kita tak boleh lupa and tinggalkan ibu kita . kita harus menjaga dia kerana syurga terletak di bawah telapak kaki ibu , bagi perempuan bukan kita tidak perlu pentingkan ibu , tidak . kita juga harus menjaga mereka . walaupun syurga wanita bila dah kahwin terletak diabawah telapak kaki suami .

mama pernah berkata dekat aiman yang dia mahu melihat anaknya berjaya , selepas itu dia nak aiman hari hari datang rumah dia mengaji dengan dia solat dengan dia itu je yang mama aiman mahu . aiman bangga dapat mama yang sebegini . macam sekarang mama aiman jaga opah aiman , mama aiman jaga atok aiman nanti bende itu akan berulang pula , aiman jaga mama , aiman jaga abah aiman . see hidup nie macam roda , kita sekarang mungkin berada diatas , tapi esok mungkin kita dibawah . siapa sangka . Allah sentiasa berada disisi kita , Malaikat sentiasa mengaminkan doa kita . jadi sekarang kita sebagai anak harus mendoa kan ibu dan ayah kita supaya mereka tenang dan bahagia . mintak ampun dengan ibu ayah jika melakukan kesilapan , manusia tidak lari dari melakukan kesilapan tapi Allah sentiasa mengampun kan mereka . Alhamdulillah aiman belajar dari kesilapan yang lalu , aiman dibukakan pintu hati untuk sentiasa bertaat kepada mama abah mungkin kadang kadang aiman berkasar tetapi aku selalu mendoakan kesejahteraan mereka . Amin . 

rasa sedih laa pulak lepas buat entry ni .. huhu .



ILYSM <3

Santai cuti sekolah =) - Part 1

Wahh ! best best =) balik Kelantan. Makcik Aiman kawen. Dapat jumpa semua sepupu and pokcik mokchik .. tapi , Penat gilerr dan dahsyatt gilerr. Siap ada tomoi tomoi lagi kat kenduri tuh. Then, lepas kenduri .. mama nak jumpe kawan dia kat Kota Baru. Okay .. kitorang ikut je laa. Haha. Dalam masa 3 hari .. kitorang boleh pergi 3 negeri kot .. Kelantan,Terengganu,Pahang. Haha. Punya laa penat sangat smpai tido kat Residence Inn hotel lagi kat Cerating. Gambar ? busy siket laa. Nanti Aiman upload ok ? Semantara tu .. baca blog mama ..Bnyak gmbar.  Perghh ! penat gilerr, kena banyak rehat ni. Untung laa smlam ada orang dapat tngok cite Hikayat Merong Mahawangsa :P

Friday 11 March 2011

TSUNAMI ? pantai timur Malaysia kena ke ?

Sana sini sibuk cerita pasal tsunami sekarang .. hari ni kecoh habis pasal tsunami kat Jepun tuh . adehh ! malam ni nak gerak Kelantan laa . Esok ada kenduri kat sana .. hmm . camna ni ? japjap nak tengok berita terkini kat internet . grr . Takut2 pun ada nak balik Kelantan tapii nak buat camna kan .. memang kena pergi jugak laa .

Wednesday 9 March 2011

hujann ? masa untuk tidur lah kann .


Haha . ada ke orang macam ni ? petang je dia mesti nak tidur .. nak nak lagi kalau hujan kan . perghh ! sedap nya tidur . sejukk =) aiman selalunya TER-tidur waktu hujan ni . hehe . boleh pulak an .hmm . okay laa .. nak tidoq sat . haha . nak jadi macam dia ni ..

Sunday 6 March 2011

Saujana Fixie vs Puncak Fixie part 1



yeahh ! pada 25/2/2011 geng Fixie Dixie Saujana sampai Puncak Alam .. dalam pukul 8 malam diorang dah smpai kat sana . pastu , diorang gerak ke Shah Alam . woot woot :)  bangga siot . haha . yang atas tu leader kitorang Ubai dan Fixie2 .. pic yang selebihnya nanti aiman upload yer . tngah sakit ni . huhu

Saturday 5 March 2011

Sakit oh sakit .. asal la kau dtg kat aku ?

Haiyoo ! kebelakangan ni aiman asyik sakit je . bukan aiman saja yang sakit .. mama pun sama sakit jugak . mama tu dalam blog tulis macam sihat je .. tapi , haaa bukannya sihat sangat pun . adehh ! yang aiman ni pulak ada luka2 kat badan aiman . memang laa sakit ni tak best kan ? sapa yang nak sakit tu memang laa rugi . aiman sekarang nak jalan2 kat luar pun dah tak boleh .. sakit kaki berjalan oo . cuti seminggu nanti nak makan angin .. tapi , dengan sakit yang macam ni . aduh ! harap2 laa aiman sihat nanti .

Thursday 3 March 2011

Terkini . exam woo .

Hari ni hari last exam.. yahoo ! ehh . lamanya Aiman tak update blog kan . maklum laa.. sejak kebelakangan ni Aiman asyik busy je . baca buku untuk exam sesi pertama . hihi . yeahh ! esok free . ingatkan nak ponteng dah esok tapii mem beso tak kasi . hehe . jangan marah ye mama . petang tadi pulak Aiman pergi koko..best ooo . satu je yang tak best tu . kena marah pulak ngan cikgu tadi . sbbnya Aiman lupa nak bawak buka koko . okay laa . tu jelaa update terkini di blog BiggieMonster.blogspot.com . hehe .

Tuesday 1 March 2011

Penunggu Jalan

minggu lepas..otw balik rumah dari tuisyen . macam biasa kitorang akan lalu lorong yang sama . dah 2 hari berturut2 dia tunggu kitorang .. haishh ! mcam penunggu jalan pulak dia ni . nah ! ni dia ...


 


hasihh ! ni laa dia . dia tak nak blah plak..nak kena Aiman turun jugak dari kereta dan baru dia nak pergi . adoi . nasib baik laa dia ni haiwan kesayangan nabi . okay laa . nak tengok cd matrix jap . haha .